Ahad, 29 Mei 2011

Uitm Seri Iskandar

Let me tell you my story..pagi 21hb aq dengan family gerak ke uitm seri iskandar(kitaorang bermalam kt homestay je) memang ramai lah student2 yang masuk.First aq cari blok teratai..blok asrama lelaki yang paling cantik dalam Uitm Seri Iskandar..

Ni pelan Uitm S.I tengok macam kecik tapi dalam besar!


Yang ni blok pentakbiran..menempatkan pejabat dan bilik lecture.

Hah..nilah kolej aq..blok teratai xD

Sampai je kat blok teratai terus amik kunci,isi borang.At first aq dapat teratai 1 tapi entah macam mana kunci die buat hal terpaksa aq bawak turun balik segala barang dengan beg.Tanya kat abang fesi tu die tukar kunci..dapat la blok teratai 2 pula..cis!

Sampai kat bilik aq tengok dah ade roomate kt dalam bilik dengan diorang punya family sume.So,barang2 dipunggah dan disusun..menjelang tengahari,parents aq da nak balik melaka.WUUUUU!! nak nangis je time nie kena tinggal jauh2..tapi firstday memang la..Balik dari bilik,aq introduce nama aq kt roomate2 aq..diorang nie asal dari negeri lain tapi ade yang tinggal kat area2 situ je.So,roomate aq untuk 1st sem ni Shahril,Shahrul dengan Amirul.Yang masalah aq bile nak berkomunikasi ialah shahril..sebab dia orang perlis..so,agak susah jugak nak paham tapi lama2 dah paham dah ape die cakap : )

So,hari pertama kitaorang bermula dengan 'Minggu Destini Siswa' selama 1 minggu..cukupppp..letih!! Macam2 pengenalan diperkenalkan oleh Uitm pada student2 baru nie,maklumlah pertama kali menjejakkan kaki ke universiti.Mase minggu destini siswa,aq takde kawan pon,huhu..sedih.Sape2 je yang duk kat sebelah aq ade la aq tegur2,borak2..haha kire takde la bosan sangat.Gambar2 kat bawah aq snap mase tengah boring..gambar ni amik kat dalam pusat islam Uitm S.I





Genap hari ketujuh minggu destini siswa kitaorang dibawa ke fakulti mengikut kursus masing2..wah,memang ramai jugak budak2 yang mengambil kursus fesyen ni!

Khamis, 19 Mei 2011

Uitm Seri Iskandar Memanggil

Selepas segala yang aq tempuhi untuk memenuhi cita2 aq selama ni akhirnya aq dapat masuk ke universiti..rasa terharu dengan usaha aq selama ni walaupun tidak seberapa,namun tuhan telah memberi jalan kepada aq untuk mencapai apa yang diinginkan.

Kepada kawan2 yang berada di Melaka,aq pastinya akan merindui korang semua :'( Tak lama lagi aq akan meninggalkan Melaka dan ke negeri Perak untuk meneruskan pelajaran.Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang.