Jumaat, 9 Disember 2011

Kelas Costume

Dalam kitaorang belajar fesyen ni,pengetahuan tentang coustume pon penting jugak.Apa yang kitaorang belajar  dalam costume ni ialah bagaimana kita menggunakan sesuatu bahan terbuang untuk menghasilkan sebuah pakaian.Selain tu juga,kitaorang belajar tentang bentuk asas pakaian(silhouette) kerana dalam belajar fesyen ni,bentuk pakaian ni sangatlah penting dalam menentukan jenis rekabentuk pakaian tersebut.


So,dalam kelas costume kali ni kitaorang ade buat presentation tentang bentuk2 pakaian ni.









Khamis, 1 Disember 2011

Kelas Pattern

Bermulalah kelas pattern kitaorang,haha syok tengok gelagat diaorang menjahit ade yang first time pegang mesin..ade plak yang dah pro..So,kelas pertama ni kitaorang wat latihan menjahit dulu supaya dapat membiasakan diri dengan mesin jahit yang ada dalam bengkel.







Khamis, 24 November 2011

Semester 2

Kembali semula ke kampus,hari pertama kelas aq dah kena tahan dengan polis bantuan atas alasan rambut panjang.Tiba2 je rampas kad pelajar aq,die kata kalo nak potong rambut dulu then baru amik kat pejabat keselamatan.Huhuhu..mau tak mau aq terpaksa potong jugak..tapi aq hairan la.Kawan aq sorang ni pon under Uitm jugak tapi diaorang rambut panjang sampai tutup telinga takde plak nak kena saman @ rampas kad pelajar nie..maybe uitm kitaorang nie cerewet macam standart budak sekolah :P Hahaha,tengoklah apa sudah jadi pada rambut aq sebelum dan selepas..


Hahaha,pendek gile aq potong!

Orait,habis dengan kes potong rambut.So few days kelas tak banyak sangat kerja or assignment so kitaorang still rileks lagi.Untuk semester ni kitaorang ade belajar buat pattern,costume,drawing dan subjek2 lain..So,moga2 kitaorang dapat harungi semester ni dengan baik :)




Bergambar bersama kawan2 satu department :)


Sabtu, 19 November 2011

Back to Uitm Seri Iskandar

Berakhir sudah cuti semester,hmm,sedih la jugak nak kena balik sana.Anyway,cuti sem takde la teruk sangat pon..sebab banyak dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah tu pon dah cukup buat aq rasa happy :) Well,goodbye melaka I'll see you again :')

Sabtu, 5 November 2011

Rebonding rambut

Haha,aktiviti mase cuti kali ni kita rebonding rambut(dah xde keje).Ni merupakan kali ke2 aq rebond rambut aq..anyway,not bad perkhidmatan rebonding yang aq dapat..dapat student price plak.Tapi mase nak buat rambut ni memang siksa..rambut aq ni je jenis kasar so lepas je die rebonding rambut aq buat treatment plak.Mase treatment tu la kulit kepala pedih sebab kepanasan kena wap.So,inilah hasilnya:)


Ahad, 30 Oktober 2011

Koleksi paper art

Inilah koleksi kertas yang aq kumpul sepanjang semester ni,ade yang aq buat mase kat Uitm S.I ade yang buat mase cuti sem kat rumah.


Ahad, 16 Oktober 2011

Aktiviti cuti sem.

Sebelum cuti sem nie.aq ade la merancang nak wat something interesting so takde la aq duduk rumah makan tidur je.Anyway,aq ade terjumpa pasal paper art nie,aq memang minat benda2 yang seni macam ni.Huhu,mase nak print benda2 ni payah sikit..kena pakai kertas A4 yang keras supaya tahan lasak dan cantik..:)

Plus,aq start buat benda ni 9hb siap 15hb.So,ade la progress yang aq tunjukkan.Enjoy
















Bagi korang yang berminat nak mencuba boleh tengok kat link ni http://www.disneyexperience.com/models/castle_model.php