Isnin, 18 April 2011

Interview yang memenatkan..

Ya Allah,tak sangka pergi interview ni bukan semudah yang kita sangka..ramai,sesak,kena beratur lama,ade ujian melukis,ujian buta warna,ditanya macam2 soalan sampai tak terjawab oleh aq..

Pagi tu,dalam pukul 7.30pg aq dengan ayah dah bergerak ke Uitm Alor Gajah maklumlah kena gerak awal tempat tu dengan rumah aq pulak jauh..even dalam satu negeri je(cuma berbeza daerah).Sampai je kat Uitm Alor Gajah aq tengok ramai jugak yang gi interview..aq pon ade la jeling2 karya diorang..mak aih,kalah aq.Tapi takpe,belum mula ape2 lagi..rileks (-__-')

So,kitaorang dipanggil masuk ke dalam bilik untuk ujian melukis dan buta warna.Masa yang diberikan plak..waduhhh..sekejap giler.Aq terkial-kial melukis tapi nasib baik sempat siap xD.After ujian melukis tamat,kitaorang beratur kat luar tunggu nama dipanggil mengikut kursus yang dikehendaki.Peh! time ni yang agak pening dibuatnya..kejap suruh ke belakang..ke jap suruh pusing kat koridor sebelah..last2 budak2 yang nak amik kursus fesyen ni yang terakhir..dari pagi menunggu sampai la ke tengahari.

Then,one by one budak2 fesyen dipanggil.Aq ingat aq yang second last..dup dap jantung aq..so pensyarah tue pun tanya nama aq,tinggal kat mane? asal? kenapa minat bidang ni? giler r..soalan macam tu plak die tanya,aq ade jugak tunjuk baju2 yang aq buat..ramai jugak yang terkejut sebab aq budak fesyen sorang je yang bawak baju hasil karya sendiri.Ade plak sorang lecture ni tegur "yang kain putih tue telekung ke?" hah?! giler telekung nie skirt baju pengantin yang aq buat tue.Aq pon explain kat diorang,ade yang gelak..hahaha,very funny.

So,lecture yang interview aq tue cakap "okey,semoga jumpa awak di perak" dia senyum :)

Selasa, 12 April 2011

Surat Interview

Mase time2 macam ni heboh giler pasal interview sana..interview sini..aq plak takde feel langsung pasal benda2 macam ni(bodoh betul).Then,aq  tengok status kawan2 aq ade yang dapat gi interview..then die siap bagi link lagi..aq pon check 1 by 1..then suddently..aq dapat,interview di Uitm Alor Gajah Melaka.

Ape lagi,melompat tak cukup tanah aq.So aq baca setiap arahan dan barang2 yang perlu dibawa.Kebetulan! die kata hasil karya sendiri pon boleh bawak..so aq plan nak bawak baju2 yang aq jahit dengan kerja kursus.Jadi,persiapan perlu dilakukan..sijil2,karya sendiri,kerja kursus semuanya kena siap.Mak pulak nak pergi china,so mase interview nanti ayah aq yang bawak..kesian ayah aq,dah la kaki still sakit lagi sebab accident tapi still mengagahkan diri untuk aq..how sweet :')

Ahad, 10 April 2011

Buat baju..Bridal

Yuhoo xD!! hari tu dapat gaji,so mase tengah2 shopping tetiba terpandang satu butik pengantin ni..lawa baju die..kain kembang..berkilat2..masih tak mampu untuk aq mereka baju macam tu : (

Anyway,aq baru je beli kain chiffon,organza dengan silk..so,pattern dibuat,kain dipotong,dipin,dijahit..





Ni lah hasilnye..walaupon tak seberapa..hehe

Rabu, 30 Mac 2011

Berhenti kerja :'(

Lepas 3 bulan lebih bekerja sebagai promoter akhirnya aq berundur diri diatas sebab2 nak continue study.So,perasaan hari terakhir tu memang menyedihkan tak sampai hati plak nak tinggalkan Kak Choon sebab dia banyak buat baik kat aq.Tapi nak buat macam mana..nak tak nak terpaksa jugak.Well,see you very soon all promoters and staff :')

Khamis, 24 Mac 2011

Result SPM keluar xO

Seperti yang ditunggu-tunggu.Hari keputusan sijil pelajaran malaysia(SPM) keluar pada hari ini.Result aq takde la teruk sangat..sekadar cukup2 je nak apply for IPT..mase nak amik result ade yang sedih..ade yang gembira..ade yang tak tau nak cakap ape..ape pon itulah usaha kita selama ni..moga ini menjadi iktibar kepada kita untuk meneruskan kehidupan.Oh ya,kat tempat kerja plak ramai plak yang bertanya result macam mana?Adui..kontroversi betul,macam kes artis bercerai plak!

Isnin, 21 Februari 2011

Gaji pertama

Penat lelah bekerja sebagai promoter akhirnya membuahkan hasil.Inilah gaji pertama aq,baru dapat rasa macam mana susahnya mak ayah kita nak cari duit.



Ouh!! money!money!money!


Die pon nak duit jugak xD

Jumaat, 11 Februari 2011

Buat Coklat Eiffel Tower

Im back! kali ni takde update pasal baju..maklumlah sibuk sangat kerja.Cuti pun satu hari je dalam seminggu..huhuhu.Anyway,kali ni hafiz nak buat coklat sebab tengok mak buat coklat,pun teringin nak mencuba..so,hafiz cuba idea giler coklat hafiz buat bentuk menara..Eiffel Tower




Inilah dia..x cantik mane pon,but nice try huh?

Bahagian last sekali tak dapat nak siapkan sebab room temperature mase tu agak panas..so base menara tak leh nak support..heh!