Jumaat, 3 Februari 2012

Baju Costume Updated

Sambung buat costume lagi..kali ni kena buat drapping/bilah pada bahagian bahu dengan pinggang.




Jumaat, 27 Januari 2012

Progress baju costume

Kesibukan masa dan program tidak menghalang aq untuk menyiapkan baju costume yang perlu dibuat.Nasib baik la lecture aq proceed skirt yang aq jahit tue.Anyway,so kerja kat bengkel tadi aq wat bahagian top sahaja.Agak susah nak buat tanpa pakai pantern..sebab bahagian top die jenis drapping macam tu je.Plus,baju aq ni berinspirasikan daripada bangunan Chrysler yang merupakan salah satu seni bina tercantik di New York.




Isnin, 23 Januari 2012

Pepatung pelik

Satu malam ni aq stay up dekat bilik kawan aq nie..tengah kitaorang duk borang2 tiba2 ade satu macam pepatung masuk dalam bilik.Mula2 ingatkan pepatung biase je tapi pepatung nie unik..pertama kali tengok spieses pepatung macam ni :)






Khamis, 19 Januari 2012

iStyle..FABIOUSTA

Anyway,hari tu aq ade sebut pasal pertandingan membuat pakaian dari bahan terbuang..so,kitaorang pun sama2lah design.Berinspirasikan siput dan laut memang satu idea yang menarik tapi mencabar,apa yang mencabar ialah macam mana nak wat dress yang ade bentuk siput dan ade laut?So,google kat internet kitaorang dapat idea.Gambar kat bawah merupakan design baju yang kitaorang buat.


Sepanjang nak buat baju ni memang menjerihkan,yela assignment lagi,tak tidur malam buat benda ni..dan masa fashion show ni mata aq plak sakit..maybe sebab kurang tidur or something.But eventually,kitaorang berjaya menyiapkan baju ni.Pada hari fashion show,kitaorang dah pon berada di fakulti seni lukis pada jam 5.30petang untuk menyiapkan mana2 bahagian baju yang masih belum lagi siap.Kawan aq sorang ni pulak sibuk make up model kitaorang.Gigih!





Selesai je make up..turn kitaorang plak.Nak kena dressing cantik2 hahaha..mengalahkan model pulak.








Time ni ade kat dalam bilik belakang dewan fashion show.Sesak dengan manusia2 yang bermekap..yang tengah sibuk memakaikan model baju pun ade..then,tibalah pula masa yang ditunggu2..pertunjukkan fesyen.






Isnin, 9 Januari 2012

Gua Tempurung

Wow,sape sangka budak2 fesyen macam kitaorang ni tak suka aktiviti lasak?kata pensyarah aq 'kita masuk gua pakai heels lagi' Haha,anyway pada 7hb semalam kitaorang telah mengadakan family day di gua tempurung.Honestly aq tak pernah pergi pon tempat ni,maklumlah aq ni bukannya minat aktiviti macam ni.Okey,pada pagi tu kitaorang berkumpul depan padang A uitm s.i untuk mengisi nama amik sarapan dan menunggu bas.Tengah menunggu bas tu ade yang sibuk duk bergosip sana..gosip sini..pagi2 dah buat dosa haha.Ade la jugak aq takutkan kawan2 aq yang ade makhluk gua macam dalam filem Descent tue yang akan serang kitaorang nanti haha choy mulut!







Sampai saja di gua tempurung kitaorang ada buat senaman sikit,maklumlah nak mendaki gua and whatever la..So,kitaorang dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan aq dengan kawan2 aq masuk dalam satu kumpulan yang sama.Mula2 masuk ingatkan gua tu tak besar mana pon.Tapi bila masuk je kat dalam..wah besar,tinggi,cantik,unik..memang tak terbayang keindahan dalam gua tu.So,kitaorang pon mula menaiki tangga..satu persatu tangga kitaorang panjat.Mula2 biasa2 je makin lama makin tinggi gua tu kitaorang panjat.Sape yang gayat tu memang tak tau la apa jadi kat die haha xD









Dalam gua tu memang sangat cantik dan besar..rasa2nya kalo letak kapal terbang Airbus pon maybe boleh muat.Ade satu bahagian dalam gua tu wujud macam terowong angin yang terhasil daripada bentuk lubang gua tu.Yang menakutkan dan mencabar bila dah sampai kat tempat yang dah takda lampu..tempat tue gelap,luas,tinggi,dan bila suluh lampu ke bawah tak nampak ape2 pon..kalo jatuh tu memang mati ar..Yang paling seronok bile masuk dalam gua air..tempat tue memang sempit gile kena menyelam dalam air sungai tue..kalo tak memang terhantuk kepala kena batu2 gua yang tajam tue.



Jumaat, 6 Januari 2012

Back to Seri Iskandar

Habis cuti Krismast dan Tahun Baru,so cuti lepas ni cuti semester pulak.Kena stay few months kat seri iskandar tanpa perlu balik..wuuu~ So,sambung balik kerja2 yang masih tak selesai lagi.Oh ya!aq ade masuk pertandingan membuat pakaian dari bahan terbuang.Nak mencari inspirasi la pulak.haha

Ahad, 1 Januari 2012

Happy New Year 2012!

Selamat Tahun Baru! semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya :)