Isnin, 17 Jun 2013

Semester 5~FINAL SEM

Huhuhu pejam celik pejam celik dah final semester..tak sangka plak masa berlalu dengan begitu cepat sekali..Okey,so ape yang aku nak citer yer pasal sem 5..oh yeah! okey aku akan citerkan pasal projek final kitaorang dulu..okey untuk final sem ni kitaorang kena wat 3 baju (nak wat lebih pon bleh) untuk naik atas pentas..so before baju dibuat dan direka perlulah kena ada inspiration terlebih dahulu..So,inspiration aku untuk semester ini adalah violin!hehe patutnya aku punya inspiration baju untuk semester 4 tapi aku tolak then amik grenadier soldier plak..

So,tadi mase kelas CAD CAM aku ade la curi2 amik gambar.Kelas CAD CAM ni adalah kelas pattern tapi versi industri punya..tanpanya industri fesyen yang mengeluarkan pakaian akan bankrap~hehe dahsyat kan?
So wat pattern(pola) ni bukan secara manual saja tapi secara digital pon boleh!







Selasa, 4 Jun 2013

My 2nd Disney Paper Castle

Halo cuols,huhuhu seperti yang pernah dijanjikan sebelum ni aku ade projek kertas lagi yang nak dibuat.Pada post yang lepas aku ade wat satu istana disneyland tapi yang ni kecik sikit berbanding yang aku dah buat ni..Tambahan plak yang ni lagi la complicated sampai satu tahap aku rasa tak nak tengok benda ni..but wait wait..aku tak nak mudah putus asa or sekadar jadi hangat-hangat tahi ayam je..buat something mesti kena sampai habis betul tak?

So anyway,benda ni aku amik masa dalam sebulan lebih nak siapkan..yelah,takkan aku nak hadap benda ni 24 hours tanpa makan,minum,tidur etc..














So,korang sendiri bleh tengok skala istana yang aku wat ni..lebih besar dan tinggi daripada yang sebelum ni.


Jumaat, 10 Mei 2013

Alhamdulilah~Dekan akhirnya ^_^

Hei,hei,hei~hehehe,huhuhuhu,hahahaha gembiranya aku kerana akhirnya dapat juga hasrat aku untuk dapat dekan setelah 3 sem aku berusaha akhirnya sem 4 ni dapat jugak nak merasa dapat dekan.Tak sia-sia usaha penat lelah tak tidur malam,ke sana kemari,berhabis duit..but,tak sangka benda tu membuahkan hasil..and of course aku nak ucapkan terima kasih kepada kedua parents aku yang memberi sokongan dan berhabis duit semua..kepada pensyarah yang memberi tunjuk ajar dan juga kawan-kawan yang memberi dorongan untuk aku berjaya..THANK YOU VERY MUCH!!

Dan aku juga nak ucapkan TAHNIAH kepada kawan-kawan yang lain yang turut mendapat dekan sem ni..dan yang kurang berjaya takpe..cuba lagi.

Sabtu, 27 April 2013

Final design dan hari esesment

   Damn~tiba juga hari yang ditunggu-tunggu oleh kitaorang.Lepas habis je hari fashion show part 5 hari tu ramai antara kitaorang berhempas pulas nak siapkan baju mana taknya..ade yang still buat pleated lagi..nak potong kain..nak buat finishing..aku plak interlining siap jahit tapi tak attach kat baju but still luar baju dan finishing lain aku berjaya siapkan..dan juga topi bulu yang tinggi giler tu.Ape pon tahniah aku ucapkan pada diri aku sendiri dan kawan-kawan lain sebab berjaya menyiapkan baju diaorang..pape pon korang the best! Dan tak lupa juga pada model aku Wan kerana sudi menjadi model aku untuk sem ni dan tolong jadi model kawan-kawan aku yang lain dan juga model masa diploma show hari tue dan perkara yang aku terkejut die sanggup spent satu malam dengan kawan-kawan aku yang lain bermalam kat studio kitaorang..hahaha..giler tak giler model overnight dengan designer-designer..huhuhu cayalah! \ ^_^ /







Rabu, 17 April 2013

Draping,Toile and Final Design ^_^

Yeay!masa yang aku tunggu-tunggu telah tiba patutnya aku update blog ni sebulan lepas but busy sangat-sangat handle production,handle part 5 lagi..so aku combine je semua entri sebelum ni aku nak update dalam blog.

 Okey aku akan mulakan dengan topik pertama dengan draping~so,draping ni adalah dalam istilah fesyen iaitu membaluti tubuh atau sesuatu pada sesuatu permukaan..dalam sejarah orang Rom sudah menggunakan teknik ni dalam pakaian mereka..so,kalo korang tengok cerita pahlawan atau rakyat Rom korang perasan yang baju diaorang tu macam balut je tubuh diaorang,ade banyak kedut,lipatan,cowl dan sbg..so,dalam proses aku nak membuat baju aku untuk this sem aku gunakan teknik draping ni.Apa yang best pasal tekni drapin ni ialah tak perlu menggunakan pola/pattern dan tidak perlu membuat kerja kira-kira..hehehe.So benda ni mempercepatkan lagi proses untuk aku membuat baju.But,teknik ni ada kelemahannya..if masa korang draping tu kain terlalu tengang baju korang akan mengecik macam baju aku ni..guna dami(patung) saiz 10..then bila dah jadi actual jadi saiz 8.


OH! Lupa nak kasi tau ni adalah lakaran baju yang telah lecture aku proceed (^_^)


So,ini adalah 1st step dalam membuat baju menggunakan teknik draping..iaitu dengan meletakan cotton tape sebagai penanda dan garisan mengikut design baju..





So,proses ni agak senang dan cepat..berbanding mereka yang menggunakan master pattern.Then after dah siap draping baru la aku terus trace balik garisan-garisan yang ada pada kain yang aku drape tue.Lepas dah habis trace atas kertas aku beralih pula untuk buat toile..


Toile yang aku buat ni merupakan baju sementara supaya boleh betulkan balik apa yang tak kena pada pattern yang kita buat..kalo tak buat toile ni..bayangkanlah kalo dah potong kain mahal-mahal sekali salah pattern..huhuhu.Anyway thanks to my friend wanie,nadia dan wan kerana memakai baju toile ni..

Orait proses seterusnya ialah peringkat terakhir dimana proses memotong kain yang sebenar akan dilakukan..dan ia merupakan satu proses yang gementar sangat..yela nak potong kain bagai..kain aku beli plak ade yang cukup-cukup je.




Yang atas ni adalah proses memotong kain yang sangat menyeksakan..meja tak muat nak tampung besar pattern kain..




Yang ni plak time baju 50% siap dipakai oleh kawan baik aku ixora..kain besar die tak jahit lagi..so,kain net tue sepatutnya berada di dalam selepas siap dijahit nanti.





Sabtu, 23 Februari 2013

Designing~again and again~

  Halu~sori lame tak update sebab lately ni busy sangat-sangat ditambah pula dengan kemalangan yang baru menimpa aku dengan kawan-kawan huhuhu rasa serba salah sangat-sangat sebab aku yang drive time tue (~_~,)..huhuhu.Okey berbalik pada topik aku nak berkongsi sedikit tentang design baju aku untuk sem ni..untuk memberi informasi dan perkongsian aku memang suka sangat bab-bab lukis baju ni bila time ade idea je~hehehe,takde idea buntu tak tau nak buat macam mana lagi.

  So,bila dah tunjukan 40 design yang pertama lecture aku suruh tambah,develop lagi design,tambah lagi mana yang patut,buang yang tak perlu..and macam-macamlah pendek kata ini merupakan proses brain storming~kekeke..^_^







So ni adalah beberapa drawing berwarna yang aku dah buat..just untuk experiment colour je.Hehehe..well,aku tak sabar nak lihat design mana yang akan lecture aku proceed : )

Isnin, 31 Disember 2012

Happy New Year 2013

 
Hei semua,apa khabar?huhuhu sampai sudah aku akhirnya ke Uitm Seri Iskandar setelah 7 jam perjalanan dari Melaka ke Seri Iskandar.Hmm,seperti yang kita tahu 2012 sudah pun mahu menutup tirainya,pasti banyak memori dan kenangan indah korang yang akan tersemat dalam fikiran..dan tak lupa jugak pada adik2 kita yang sudah mahu kembali ke sekolah..mak bapak sekarang mesti tengah busy beli keperluan anak2 diaorang..teringat jugak aku masa zaman sekolah mak ayah mesti beli baju baru,kasut baru,alat tulis..dll.Tapi semua tu tinggal kenangan aje.
 
Ape pun hidup mesti diteruskan sebab pengalaman yang lepas telah mengajar kita untuk menjadi dewasa dan matang.Sekarang aku dah pun semester 4 dan next semester dah semester 5..sangat cepat masa berlalu.Masih ingat lagi semester 1 kitaorang wat drawing ramai2..pengalaman tak cukup tidur..kena marah dengan lecture.Hahaha,sungguh cepat semua tu.Well,setiap semester dan tahun mempunyai cerita tersendiri..apa yang aku ingin rumuskan tahun 2012 merupakan tahun yang mencabar bagi aku..macam2 perkara,godaan,sedih,gembira semua terpaut dalam ingatan untuk selamanya..tidak akan ada hardisk mahupun pendrive yang mampu menyimpan semua memori yang terpahat dalam ingatan kita..begitulah hebatnya ciptaan yang maha mencipta lagi bijaksana.
 
Jadi?apakah azam baru anda tahun baru ini?semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat selalu dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup kita.Well,selamat tahun baru kepada korang semua,semoga korang happy selalu :)