Isnin, 31 Disember 2012

Happy New Year 2013

 
Hei semua,apa khabar?huhuhu sampai sudah aku akhirnya ke Uitm Seri Iskandar setelah 7 jam perjalanan dari Melaka ke Seri Iskandar.Hmm,seperti yang kita tahu 2012 sudah pun mahu menutup tirainya,pasti banyak memori dan kenangan indah korang yang akan tersemat dalam fikiran..dan tak lupa jugak pada adik2 kita yang sudah mahu kembali ke sekolah..mak bapak sekarang mesti tengah busy beli keperluan anak2 diaorang..teringat jugak aku masa zaman sekolah mak ayah mesti beli baju baru,kasut baru,alat tulis..dll.Tapi semua tu tinggal kenangan aje.
 
Ape pun hidup mesti diteruskan sebab pengalaman yang lepas telah mengajar kita untuk menjadi dewasa dan matang.Sekarang aku dah pun semester 4 dan next semester dah semester 5..sangat cepat masa berlalu.Masih ingat lagi semester 1 kitaorang wat drawing ramai2..pengalaman tak cukup tidur..kena marah dengan lecture.Hahaha,sungguh cepat semua tu.Well,setiap semester dan tahun mempunyai cerita tersendiri..apa yang aku ingin rumuskan tahun 2012 merupakan tahun yang mencabar bagi aku..macam2 perkara,godaan,sedih,gembira semua terpaut dalam ingatan untuk selamanya..tidak akan ada hardisk mahupun pendrive yang mampu menyimpan semua memori yang terpahat dalam ingatan kita..begitulah hebatnya ciptaan yang maha mencipta lagi bijaksana.
 
Jadi?apakah azam baru anda tahun baru ini?semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat selalu dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup kita.Well,selamat tahun baru kepada korang semua,semoga korang happy selalu :)

Tiada ulasan: