Isnin, 31 Disember 2012

Happy New Year 2013

 
Hei semua,apa khabar?huhuhu sampai sudah aku akhirnya ke Uitm Seri Iskandar setelah 7 jam perjalanan dari Melaka ke Seri Iskandar.Hmm,seperti yang kita tahu 2012 sudah pun mahu menutup tirainya,pasti banyak memori dan kenangan indah korang yang akan tersemat dalam fikiran..dan tak lupa jugak pada adik2 kita yang sudah mahu kembali ke sekolah..mak bapak sekarang mesti tengah busy beli keperluan anak2 diaorang..teringat jugak aku masa zaman sekolah mak ayah mesti beli baju baru,kasut baru,alat tulis..dll.Tapi semua tu tinggal kenangan aje.
 
Ape pun hidup mesti diteruskan sebab pengalaman yang lepas telah mengajar kita untuk menjadi dewasa dan matang.Sekarang aku dah pun semester 4 dan next semester dah semester 5..sangat cepat masa berlalu.Masih ingat lagi semester 1 kitaorang wat drawing ramai2..pengalaman tak cukup tidur..kena marah dengan lecture.Hahaha,sungguh cepat semua tu.Well,setiap semester dan tahun mempunyai cerita tersendiri..apa yang aku ingin rumuskan tahun 2012 merupakan tahun yang mencabar bagi aku..macam2 perkara,godaan,sedih,gembira semua terpaut dalam ingatan untuk selamanya..tidak akan ada hardisk mahupun pendrive yang mampu menyimpan semua memori yang terpahat dalam ingatan kita..begitulah hebatnya ciptaan yang maha mencipta lagi bijaksana.
 
Jadi?apakah azam baru anda tahun baru ini?semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat selalu dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup kita.Well,selamat tahun baru kepada korang semua,semoga korang happy selalu :)

Sabtu, 29 Disember 2012

Rebonding rambut

Halo,uols~cuti mid sem aku dah nak abis..assignment masih banyak lagi nak dibuat..aku plak rilek je leh jejalan ke sana ke mari.Maklumlah,nanti rindu kat negeri melaka ni..kat perak nanti mana ada masa nak enjoy2 semua.So,ada masa sekarang ni have fun but at the same time kerja dan assignment berjalan.

 
Huhuhu,assignment yang almost siap :)
 
 
Okey,kembali kepada cerita yang aku nak tulis ni aku actually ada masalah rambut yang kasar sikit dan beralun..so kekadang tu nampak selekeh hehehe.So that day,aku pergi dataran pahlawan dengan kawan aku jejalan dengan dia..aku nampak kedai yang jual barangan rambut(mostly untuk penjagaan,dandanan dengan pewarna).Before this,aku pernah iron rambut sendiri guna produk wella.
 
Tapi hakikatnya,bila guna produk yang murah ni(harga wella ni RM45) langsung tak menjadi~rambut aku jadi keras dan tak lurus pon..huhuhu.So,belajar dari kesilapan aku tak mau dah guna produk murah.Biar mahal asalkan menjadi.So,aku beli produk lurus rambut shiseido..harga dalam RM70 satu set.Memang mahal,tapi berbaloi jugak pelaburan aku ni.
 
So,kalo korang nak wat sendiri kat rumah pon boleh..tapi kena ada alat untuk wat rambut macam iron,sikat,mangkuk plastik,sarung tangan plastik dan lain2..
So,follow je arahan yang ade pada pek..kalo korang follow betul2 insyallah menjadi,tak perlu ke salun nak wat mahal2.So,pada yang nak mencuba semoga berjaya.
 


Khamis, 27 Disember 2012

Jejalan dengan member lama

Halo,semua kembali lagi..huhuhu,baru je hari tu update da update lagi..
Okey,seperti tajuk di atas tu hari ni baru je keluar dengan member lama aku Zul.Huhuhu,dah 1 tahun setengah kot tak jumpa dengan dia.Hahaha,actually plan ni sebenarnya nak buat masa cuti sem hari tu..tapi sebabkan die ade hal..so terpaksa ditunda,so semalam tiba2 je aku dapat idea nak keluar jejalan kat melaka tapi dengan sape?so aku teringat kat member aku ni yang hari tu nak sangat ajak aku keluar..So,ajaklah dia~paling best sekali die drive kereta..hohoho(tapi duit minyak dengan parking aku share dengan die Ok?)
 
So sampai2 je kat dataran pahlawan kitaorang beli kupon letak kereta..nanti tak pasal2 pak cik bandaraya bagi surat cinta kat kereta kitaorang~eeuuu
 
 
Tiba2 je kawan aku ni wat hal plak..kunci tertinggal dalam kereta..oh no~nasib baik ade kakak promoter kat kedai ROXY tu membantu..aku siap berlari gi MP (MAHKOTA PARADE) cari pembaris besi nak bukak pintu..dah beli then kawan aku cakap pintu dah bleh bukak..WHAT???
 
After that,kitaorang breakfast kat kedai2 makan yang ade kat bawah Dataran Pahlawan tu..kedai makan orang jawa..yang kawan aku ni plak tau bahasa jawa..so,diaorang berborak bahasa jawa yang aku tak faham tu..tapi agenda kitaorang nak breakfast..makanan kat situ bleh tahan sedap bersih pinggan aku :)
 
After that kitaorang jejalan kat MP plak..kawan aku ni ajak main bowling..huhuhu,ni merupakan kali pertama aku bermain bowling..balingan pertama asyik masuk longkang je..segan giler aku.Aku tengok budak2 kecik dari aku lagi pro main dari aku..maybe dia dah selalu main kot?Aku baru first time main..
 


 
Hahaha,kitaorang main 4 game..4 game aku kalah..erkkkk..(first time katanya) xP
 
Well,ape pon thanks kepada kawan aku yang sudi meluangkan masa jejalan dengan aku..ajar aku baling bowling..best jugak main bowling ni :) after that kitaorang jejalan tengok tempat kerja lama kat Parkson Mahkota parade..then,kitaorang jejalan lagi..window shopping sampai nak tercabut lulut katanya~ (6 v 6)
 
 
 

Rabu, 26 Disember 2012

Shopping at Jusco Aeon Bandaraya Melaka

Horay! Hari ni tercapai jugak hasrat aku untuk membeli-belah sempena chrismast..ape lagi kalo bukan jualan murah! 50%..70%..buy 1 free 1..hohoho mata aku juling tengok semua tue..tapi agenda aku ialah untuk hang out sempena cuti mid sem ni dan..paling penting barang2 untuk model aku..antaranya kasut dan aksesori dia..
 
Untuk maklumat korang jugak Aeon Jusco Melaka ni merupakan salah sebuah jusco terbesar kat malaysia dengan kos RM500 juta untuk membinanya.Memang besar..kalo shopping pagi..malam belum tentu boleh habis..hahahaha..
 
 
So,Aku hanya beli jacket yang berharga RM94.++ dengan kasut tinggi untuk model aku harga dalam RM84.++ huhuhuhu..ok la,sebab chrismast sale katanya x)
Then,kitaorang tengok wayang,citer jackie chan(lupa tajuk) makan2 KFC..lama aku tak makan :p
 
 
Yeay! jacket yang aku impikan dah pun beli xD

 
Kasut untuk model aku x)
 
Ok,itu saja untuk kali ni,nanti ada citer aku tulis lagi.tata x)
 

Isnin, 17 Disember 2012

Semester 4

Haloo semua,rasanya dah lama tak update blog..patutnya update blog ni 3 minggu lepas tapi disebabkan masa yang takda so terpaksa berhenti seketika.\
 
Okey,mana yang kita patut mula dulu eh?hmm,okey kita mula dengan cerita di kolej dulu.Sem ni aku dapat roomate yang semuanya budak2 account.Diaorang ok la jugak walaupun some of them jenis suka buat sepah..tapi tak kisah la..sebab sem ni aku dah ade studio sendiri so,tak selalu la nak balik bilik.Kalo aku balik pon aku balik untuk mandi dan tidur je..hehe.Tapi aku takde gaduh2 dengan roomate aku..cuma hopefully diaorang akan jadi jenis kemas sikit sebab bila dah pertengahan sem nanti diaorang plak yang susah..XP
 
Okey,sekarang ni nak cerita pasal kelas design plak.Untuk semester ni aku memilih Grenadier soldier sebagai inspiration aku.Tapi masa aku proceed inspiration lecture aku pilih burung merpati..but,merpati nanti ade banyak detailing yang nak kena buat so,aku beralih kepada inspiration askar.
 
Kat bawah ni ialah storyboard yang aku buat..dari 4 inspiration hanya 1 sahaja yang dipilih..
 




 
 So,hopefully sem ni berjaya untuk melaksanakan tugas semester ni..